Cinta Abadi

PADA Service Kursus Rumah Tangga 2020

Bercinta hingga ke syurga...adakah ia satu kemungkinan? Atau membina rumah tangga dengan seseorang untuk selama-lamanya? Hakikatnya mungkin sukar untuk menyintai seseorang sepenuh jiwa dan raga selama-lamanya, tetapi untuk membina rumah tangga bahagia adalah sesuatu yang boleh dicapai.

Lumrah bagi pasangan untuk menghadapi konflik dan perbezaan minat dan permandangan. Ia berlaku biarpun sepasang suami isteri dikenali sebagai pasangan yang memahami dan saling menyayangi antara satu sama lain. Apa yang penting ialah untuk meleraikan segala konflik dengan penuh rasa hormat.

Cinta Abadi...Kini dan Selamanya ialah kursus persiapan rumah tangga terkini bagi pasangan yang sedang membuat persediaan untuk berkhawin buat pertama kali. Dengan mengikuti kursus ini secara perseorangan atau dengan pasangan anda, para pembimbing rumah tangga akan membantu anda memikirkan isu-isu yang bakal dihadapi suami dan isteri.

Sungguhpun tiada sesiapa yang dapat menjamin kebahagiaan sesuatu pernikahan, usaha gigih serta komitmen yang berterusan pasti dapat membantu menuju ke arah pembentukan rumah tangga yang sakinah. Insya-Allah.

Lakarkan

Aspirasi rumah tangga yang berkekalan


Bina rumah tangga yang saling membantu

Jalankan

Amanah hidup berumahtangga


Dapatkan dan berikan kasih sayang dan kemesraan

Laburkan dalam

Ikatan perhubungan yang menyokong

Untuk siapa kursus ini?

Kursus ini bertujuan memperkayakan pasangan Muslim yang berumur 21 tahun keatas yang bakal berumahtangga buat kali pertama. Rumah tangga yang bahagia perlukan usaha dan ada masanya pertolongan.

Schedule & Fees

Fees: Only $260.00 per couple

Pendaftaran
Cinta Abadi 2021

Daftar Sekarang