Tsanawiyah

Tsanawiyah 1

Pelajaran Tauhid
Pelajar dpt mengetahui konsep Aqidah, Konsep Muslim dan Mukmin, serta menghafal dan menghayati Rukun Iman teras Aqidah, Mengetahui Dalil2 kewujudan Allah dan Sifat2 Allah swt.


Pelajaran Akhlak
Pelajar dapat menghiasi diri sebagai remaja yg beradab menjaga Fitrah lelaki dan perempuan, beradab dgn Ibubapa, keluarga ,kawan2 dan guru. Serta beradab menuntut ilmu dan membaca Al-Quran.


Pelajaran Sirah
Pelajar mengetahu sejarah Masyarakat Arab seblm dan selepas Islam, Riwayat Hidup Rasulullah saw, Strategi perjuangan  dan Hijrah beliau serta keunggulan perjuangan tokoh2 Islam.


Pelajaran Fiqh
Pelajar dapat membezakan pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Faham serta  dpt mempratikkan Asas2 kebersihan dlm Islam, Praktikal Solat Fardhu, Solat Jumaat dan Solat-solat Sunnat.

Tsanawiyah 2

Pelajaran Tauhid
Membahaskan iman kpd Asmaul husna serta kesan beriman pd ke enam enam rukun iman.


Pelajaran Akhlak
Menghayati Adab berjiran, hubongan sosial serta adab kpd ibubapa, keperluan menjaga maruah diri, memelihara kesucian Masjid dan Mashaf.


Pelajaran Sirah
Mendalami dan menghayati khalifah yang 4 serta kepimpinan Rasulullah di Madinah dan pembukaan kota Mekah.


Pelajaran Fiqh
Penerangan serta praktikal solat Qasar dan Jamak, Solat2 sunnat, Ibadat puasa serta penghayatan bulan Ramadhan dan Zakat Fitrah/Harta dan pengurusan Jenazah.

Tsanawiyah 3

Pelajaran Aqidah
Membahaskan Aqidah teras kehidupan, Perkara2 yg membatalkan iman. Dosa2 besar yang membawa kemurkaan Allah SWT. Tuntutan bertaubat, Ciri mukmin yg berjaya.


Pelajaran Akhlak
Penghayatan pd akhlak yg mulia, akal cahaya hidup serta adab2 berhias, menjaga org sakit, amar makruf, adab di tempat-tempat umum dan ziarah jenazah serta adab dengan Rasulullah SAW.


Pelajaran Sirah
Mengenali secara Mendalam Sejarah Kerajaan Khulafa ArRashidan, kerajaan Bani Umayyah, Imam2 yg 4 juga Imam AlBukhari dan Imam Al-Ghazali.


Pelajaran Fiqh
Penerangan serta praktikal Haji dan Umrah, Sembelihan serta perbedaan Korban dan Aqiqah. Jualbeli, Gadaian, Hutang dan Sahan.

Tsanawiyah 4

Pelajaran Aqidah
Penerangan dan pembahasan tentang Iman mutiara hidup, Akidah ahlul sunnah waljamaah serta ajaran sesat.


Pelajaran Akhlak
Penerapan akhlak serta adab2 dalam Islam spt Adab bermusafir, bernegara, adab dengan pemimpin, adab berjihad, adab memelihara alam sekitar dan adab berniaga.


Pelajaran Sirah
Pengenalan tentang penyebaran dan perkembangan Islam pd zaman kerajaan Abasiyah, kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Abasiyah. Pengenalan kepada tokoh2 pemikir dalam Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Assyahid Jamaludin, Assyeikh Md Abduh, AssyeikhTahir Jamaluddin dan Prof. Hamka.


Pelajaran Fiqh
Penerangan tentang perkahwinan dalam Islam, kaifiat perkahwinan dalam Islam, Tanggungjawab serta cabaran dalam rumahtangga, Poligami, kemahiran ibu-bapa dan undang-undang keluarga Islam.